keutamaan bangun pagi


Keutamaan Bangun Pagi

Saat akhir-akhir ini selalu saja terasa lemah melawan rasa mengantuk semasa bangun pagi. mengingat kata-kata seorang sahabiah, ‘kita kalau tak larat bangun tahajjud selalu kata – sebab semalam tidur lambat. Padahal dosa kita pada hari sebelumnya yang memberatkan kita untuk bangun.’ Terdiam dan termangu mengenang sikap diri. Ini cuma baru berjihad melawan mengantuk. Belum lagi diminta berjihad dengan nyawa. Terasa jauh dari sifat Rasulullah dan para sahabatnya.

Bangun pagi

Keharusan yang ditetapkan Islam bagi setiap muslim utk bangun tidur dini hari merupakan bukti tentang besarnya perhatian agama itu kpd waktu. Islam menghendaki spy setiap muslim memulai pekerjaan yang menjadi kewajipannya di pagi hari, dlm keadaan segar, riang dan bersemangat. Tekad menfaatkan waktu mulai pagi hari dapat melahirkan hasrat yang kuat utk tidak membuang waktu secara percuma sepanjang hari.

How pagi is pagi?

Tata kehidupan secara Islam telah menetapkan permulaan hari terhitung mulai fajar menyinsing. Dgn demikian sblm matahari terbit setiap muslim sudah bangun tidur, kerana Islam tidak menyukai org berjaga malam sehingga terlambat Subuh dari waktunya. Dan permulaan hari setelah bangun tidur adalah terbaik dengan solat. Dan solat yang paling istimewa yang jarang-jarang kita laksanakan adalah solat tahajjud. Maknanya, harus bangun sebelum subuh..=)

Keutamaan bangun pagi
Ciri golongan bertakwa
“Sesungguhnya org bertakwa ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair2 terpancar padanya. (Keadaan mereka disana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat dari Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang2 yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, utk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Adz-Dzaariyaat 15:18)

Beroleh keberkatan
Dlm sebuah hadith, Rasulullah mengucapkan doa antara lain sbg berikut:
“Ya Allah, berkatilah ummatku di saat mereka bangun pagi”. (Abu Daud)

Adalah satu kerugian bg org yg membiasakan diri tidur hingga siang hari (dhuha). Mentari telah lama terbit, ia masih berselimut, kemudian setelah bangun ia melihat org2 lain sudah sibuk mencari nafkah atau sedang berjerih payah mencari bekal akhirat.

Pembahagian rezeki
Sebuah hadith dr Fatimah binti Muhammad mengatakan:
Pada suatu pagi Rasulullah s.a.w. lewat di depanku dlm keadaan aku sdg bebaring. Sambil membangunkan aku dgn kaki baginda berkata: ‘Hai anakku, bangun, saksikanlah rezeki Tuhanmu dan jgnlah engkau menjadi org lengah, sbb Allah membahagikan rezeki kpd manusia di waktu fajar mulai menyinsing hingga matahri terbit’”. (Al-Baihaqi)

Meningkatkan darjat di sisi Allah
“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sbg satu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” (Surah al-Israa:79)
Mendapat keampunan dan cinta Allah
Rasulullah bersabda: “Pada setiap malam, Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: barangsiapa berdoa pada Ku, pasti akan Ku kabulkan, dan barang siapa memohon pada Ku, pasti akan Ku beri, dan barang siapa memohon ampun kepada Ku pasti akan Ku ampuni.”

(HR Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dll)

Dalam buku Mahabbatullah (mencintai Allah), Imam Ibnu Qayyim menuturkan tahapan2 menuju wahana cinta Allah. Salah satu drpdnya adalah menyendiri bersama Allah ketika Dia turun ke dunia. Itulah saat yang berharga bagi seorang hamba utk mendekatkan diri pada Nya dgn melaksanakn solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kata Imam Nawawi, “Pada hadith itu menunjukkan, berpanjangan waktu Rahmat dan belas yang sempuna drpd Allah swt sehingga cerah fajar.”
Ibadah ahli Syurga
Firman Allah dlm as-Sajjadah:16-17 bermaksud:
“Lambung mereka jauh dari tpt tidurnya dan mereka berdoa kpd Tuhan mereka dgn rasa takut dan harap. Bahkan mereka menafkahkan sbhgian drp rezeki yg Kami berikan kpd mereka.”

“Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makan, hubungkanlah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manuisa sdg tidur, nescaya kamu akan masuk Syurga dgn selamat.” (HR Tirmidzi)
Keteladanan Salafussoleh
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat mlm, dilanjutkan dgn solat subuh dan kemudian dilanjutkan dgn solat dhiha, stlh itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti2 yg lain. Lalu beliau berkata, ”jika hal ini aku tidak lakukan maka sungguh sgt berat”.

Dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya, “Ada seorg lelaki yg disebut2 di sisi Nabi s.a.w. iaitu bhw org tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi – yakni tidak bangun utk bersolat malam, lalu baginda bersabda, “Orang itu sudah dikencingi syaitan dlm kedua2 telinganya” atau baginda s.a.w. bersabda, “di telinganya”. (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda; “ Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala sbyk tiga ikatan, jikalau manusia itu tidur. Ia membuat ketentuan pd setiap iakatan itu dgn kata2 yang berbunyi, “engkau memperoleh mlm yang pjg, maka tidurlah terus!” Jikalau manusia itu bgn lalu berzikir pada Allah maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga di awal pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Ttp jikalau tidak sebgaimana disebutkan di atas, maka ia di awal pagi menjadi org berhati buruk serta pemalas.” (Muttafaqun ‘alaih)

Petua tidur Rasulullah
1. sblm dan slps tidur baca doa
2. jgn tidur mengahadap kaki ke kiblat
3. membaca tasbih Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x
4. baca 4 Qul tiup ke seluruh bdn
5. niat utk bgn tahajjud
6. ambil wudhu sblm tidur dan solat taubat 2 rakaat
7. maafkan kesalahan manusia pd kita dan halalkan semua hutang piutang sblm tidur
8. tidur cara Rasulullah saw dgn mengiring bdn ke kanan dan tapak tangan di bwh pipi

Bagaimana mudah utk bgn pagi???


1. makan malam yg sedikit sekadar alas peut spy tidak lapar
2. jgn tinggalkan tidur qailulah di siang hari
3. meningkatkan rasa cinta kpd Allah, rasa cinta yang sbnr2nya

Istiqamah dlm beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kpd kekasih-kekasih Nya. Bersihkanlah diri dan hati drpd unsur-unsur syirik, baik yg nyata atau yg tersembunyi, dan peliharalah ibadah yang sblmnya, sesungguhnya seorg yg berat beban dosanya dr amalan yang dilakukan sblm tidurnya itu pasti memberatkannya utk bangkit berkhalwah dgn Allah yang Maha Suci di mlm hari.

~mengimpikan seorang roomate yang bersemangat untuk tahajjud!=D

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d blogger menyukai ini: